Thursday, December 9, 2010

Syukur PadaMu Ya Rabb

Alhamdulillah,segala puji buat selamanya dirafatkan padaMu Zat Yang Maha Agung. Dengan limpah taufiq serta inayah Mu,segala perancangan telah dilaksanakan dengan sedaya mungkin. Dengan Hidayah Mu jua,segalanya berjalan seperti  yang diimpikan..Alhamdulillah,sahabat cemerlang sekali lagi diberi kepercayaan untuk memudahkan lagi Kem Kecemerlangan Sempena Cuti Sekolah 2010. Tahniah dan Syabas kepada Fasilitator2,pengurus dan pihak yang terlibat dengan Kem Ini. Bagi sahabat cemerlang,gemblingan tenaga kita semua telah mendapat hasil yang mantap. Untuk Pengetahuan semua,kem ini telah berlangsung bermula 27/11/2010 dan telah tamat pada hari ini iaitu 9/12/2010 dan akan diikuti dengan majlis penutupan pada esok hari. Terima kasih kepada pihak yang telah memberi kepercayaan kepada sahabat cemerlang untuk berkongsi secebis ilmu dan pengalaman bersama adik2 yang boleh dikatakan datang dari seluruh negeri di Malaysia yang kita cintai.

No comments:

Post a Comment