Friday, December 31, 2010

antara dua mata

salam untuk semua. Suatu ketika dahulu,sewaktu saya masih menuntut di unversiti,tahun ke dua pengajian. Hujung minggu,pagi2 lagi saya bangun. Selesai solat subuh saya melayari internet seketika sementara tunggu matahari sedikit terbit untuk keluar bermain tennis. Setelah penat,sayan menjamah sedikit sarapan di dewan makan atau ringkasnya selalu disebut DM. Setelah itu,dalam benak bermain seribu persoalan apa yang perlu dibuat. Sedang orang lain sibuk merancang berapa "game" mahu main bowling saya masih di meja. Sambil memerhati ikan dalam akuarium belaan saya. Saya mengambil keputusan untuk menikmati suasana lengang di sebuah bangunan yang jarang di kunjungi terutamanya pada hari minggu sebegini. Lantas menyambar tualaku seperti helang menyambar katak di sawah. Bersiap dan terus hidupkan enjin haiwan tungganganku. Setibanya saya di bangunan sepi itu,saya melihat jam besar di dinding tepat menunjukkan jam 9am. Saya terus duduk di bangku yang dianggap paling selesa. Setelah beberapa jam di bangku itu,saya sekali lagi melihat jam besar di dinding menunjukkan jam 301pm. Sememangnya surau di bangunan itu di buka hanya selepasa jam 3 petang. Saya menekan butang lif untuk turun dari tingkat 4 ke surau yang berada di tingkat satu. Hampir pintu lif tertutup,saya keseorang dan tiba2 datang berpimpin dua pemuda berkaca mata gelap. Baru saya mengerti dan terucap di bibir ku lafaz syukur. Saya sangkakan mereka berdua mahu ke kafe di bangunan sebelah. Agak sukar pergerakan mereka. Setibanya di  tingkat satu,saya masih di dalam lif dan membiarkan mereka berdua keluar.Tergamam melihat mereka berjalan berpimpin ke arah tempat yang ingin saya tuju. ke surau. MasyaALLAH,begitu sukar pergerakan mereka. Lagi sukar terpaksa berpimpin bertongkat sesama mereka untuk ke tempat mengambil wudu'..Saya begitu kagum. Dan menjengah di benak saya,sanggup mereka berbuat demikian sedangkan orang yang celik pon masih tidak sanggup berjalan sedepa untuk ke surau..Matanya sahaja tidak mampu melihat,namun hatinya tajam sekali..Kita yang mata celik pon bila berjalan masih terkadang tersepak batu tetapi mereka tidak pernah tersepak batu bila berjalan.

Saturday, December 25, 2010

Surah Ali Imran ayat 104


” Dan hendaklah ada antara kamu kumpulan yang mengajak orang kepada perkara baik, menyuruh orang berbuat baik dan melarang orang berbuat jahat. Mereka itulah orang yang berjaya”

Friday, December 24, 2010

Henry Ford ( 1863-1947 )



"FAILURE IS SIMPLY  THE OPPORTUNITY TO BEGIN AGAIN THIS TIME MORE INTELLIGENTLY".


Thursday, December 23, 2010

Mahatma Ghandi (1869-1948)


Kepuasan itu terletak pada usaha, bukan pada pencapaian. Usaha sempurna itu adalah kemenangan yang sempurna".

Dalam proses ke arah mencapai  kejayaan, kita mesti :
1. Belajar dan berubah dengan kegagalan
2. Bangkit dari kegagalan

Wednesday, December 22, 2010

Soichiro Honda

‘‘ Success represents the 1% of your work which results from the 99% that is called failure. ’’
Apa yang orang nampak pada kejayaan saya hanyalah 1% daripadanya, tetapi apa yang mereka tidak nampak adalah 99%, iaitu kegagalan-kegagalan saya

Thursday, December 9, 2010

Syukur PadaMu Ya Rabb

Alhamdulillah,segala puji buat selamanya dirafatkan padaMu Zat Yang Maha Agung. Dengan limpah taufiq serta inayah Mu,segala perancangan telah dilaksanakan dengan sedaya mungkin. Dengan Hidayah Mu jua,segalanya berjalan seperti  yang diimpikan..Alhamdulillah,sahabat cemerlang sekali lagi diberi kepercayaan untuk memudahkan lagi Kem Kecemerlangan Sempena Cuti Sekolah 2010. Tahniah dan Syabas kepada Fasilitator2,pengurus dan pihak yang terlibat dengan Kem Ini. Bagi sahabat cemerlang,gemblingan tenaga kita semua telah mendapat hasil yang mantap. Untuk Pengetahuan semua,kem ini telah berlangsung bermula 27/11/2010 dan telah tamat pada hari ini iaitu 9/12/2010 dan akan diikuti dengan majlis penutupan pada esok hari. Terima kasih kepada pihak yang telah memberi kepercayaan kepada sahabat cemerlang untuk berkongsi secebis ilmu dan pengalaman bersama adik2 yang boleh dikatakan datang dari seluruh negeri di Malaysia yang kita cintai.

Tuesday, December 7, 2010

jom bersama-sama

sabahat cemerlang bercadang untuk membuka satu lagi program selain dari siri ceramah. program tersebut sahabat cemerlang namakan sebagai "Program Bahasa Arab Untuk Anda". program ini adalah cetusan idea apabila teringat kisah suatu ketika dahulu. Sahabat cemerlang pernah menyaksikan betapa hebat orang bukan beragama islam menguasai bahasa arab. malah,mereka pernah menegur kesilapan org lain. betapa hebat hebat penguasaan mereka. sedangkan bahasa arab itu adalah bahasa adalah bahasa muslim. justeru,sahabat cemerlang mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas dengan yuran yang sangat berpatutan. jangan risau,sekalipon anda tidak pandai membaca dan menulis tulis arab,sahabat cemerlang ada kaedahnya. untuk keterangan sila hubungi no yang telah dipaparkan di laman utama blog.wassalam

Thursday, October 21, 2010

adik-adikku

salam dan selamat sejahtera buat semua adik2 yang disayangi,semoga sihat dan tenang selalu disamping buku2 kesayangan. Pertamanya syabas dan tahnia buat adk-adik yang telah berjaya menduduki PMR,PMRU dan semoga keptusan yang bakal menjelma juga adalah yang terbaik. Juga kepada adik yang telah menduduki percubaan SPM dan bakal menduduki SPM yang sebenar TIDAK LAMA lagi,semoga terus tekun mengulang kaji. dan JANGAN SESEKALI LUPA BERDOA DAN SOLAT HAJAT. Abang yakin,ibu bapa dan guru-guru kalian juga tidak henti2 mendoakan yang terbaik untuk adik-adik. Di sin abang cuma nak kongsi lagu dendangan allahyarham Sudirman Hj Arsyad " bila adik dah berjaya jangan lupa abang dan jika adik gagal ingatlah abang tetap sayang". Fikir2kanlah. Tp abag juga teringat suatu peristiwa. Pada suatu petang,selepas solat asar,abang duduk bersembang dengan kawan kaki lima masjid itu,tiba2 datang seorang pak tua yang tidak mengecapi nikmat pengelihatan,rupa2nya dia mendengar perbualan kami dan die berkata kepada kami "tidak semua orang yang berusaha itu berjaya tetapi yang berjaya itu adalah orang yang berusaha". RENUNG,BERFIKIR DAN BERTINDAK,buat adik2 yang akan menduduki SPM ANDA BELUM TERLAMBAT..cayuk2.

Monday, September 20, 2010

kenapa kita perlu menjadi orang yang berjaya?

Cuba anda renung pada diri anda,dan katakan sesuatu pada diri anda. Apakah yang anda kata kan pada diri anda? Saya teringat kembali,saya pernah terbaca bagaimana sebiji epal yang terjatuh dan akhirnya terbentuklah 1 formula. Adakah anda semua ingat formula dan cerita yang cuba saya maksudkan ini?
Cerdik pandai ada mengatakan bahawa " apa yang ada di hadapan dan di belakang kita adalah kecil berbanding dengan apa yang ada dalam diri kita" dan kata2 ini cukup meyakinkan saya bahwa kita adalah hebat,hebat dan hebat. Hanya orang yang hebat sahaja boleh menempa kejayaa. Bile saya meneliti ayat2 suci al-quran ada menyatakan bahawa ALLAH telah menciptakan manusia( kita ) dengan sebaik2 kejadian,pelabagai pendpat mentafsirkan ayat ini dan bagi saya,dalam ayat ini ALLAH ingin menjelaskan bahawa dalam diri kita ada satu kuasa,potensi yang sangat besar untuk kita menempa kejayaan. kejayaan di dunia dan akhirat.

Thursday, September 2, 2010

31 OGOS BERSAMA BADAR

Alhamdulillah,segala puji bagiNya yang telah mempermudahkan segala urusan hambanya.Memang itu janjiNya dan sekali-kali Dia tidak akan memungkiri janjiNya. Celik saje mata tanggal 31 ogos,saya melafazkan syukur kerana kontrak hidup saya masih disambung walaupun ada antara hambaNya yang lain telah ditamatkan kontrak hidup sebagaimana yang termaktub dalam kitan suci al-quran.
Sekalung TAHNIAH bt adik2 Badar yang telah berjaya memanfaatkan cuti hari kemerdekaan dengan mengnjurkan program yang sangat bernilai. Di dalam sebuah hadis Junjungan Besar Nabi Kita ada bersabda mafhumnya " sesiapa yang bersusah payah untuk mencari ilmu maka,ALLAH akn mempermudahkannya jalan ke syurga.Alhamdulillah pada tanggal 31 ogos itu SAHABAT CEMERLANG telah dijemput oleh Badar untuk sama2 berkongsi ilmu dan pengalaman. Begitu bangga saya melihat adik2 Badar yang raut wajah mereka begitu minat dengan majlis2 perkongsian ilmu sperti itu. Walaupun,saya tahu jam 11-12 itu bukanlah waktu perdana untuk saya menyampaikan ceramah namun,saya bersyukur kerana ALLAH telah mencampakkan nun jauh di dsar hati saya semangat untuk berkongsi dengan adik2 Badar. dan semangat itu terus membara dengan sokongan dan perhatian yang tekun.
semoga perkongsian pada 31 OGOS itu menjadi bukti pertautan ukhuwwah antara saya dan adik2 Badar.

Thursday, August 26, 2010

Salam Pertautan Ukhuwwah Gemilang

Pertamanya syukur KepadaNya yang telah merancang dengan sebaik-baik perancangan,namun sesekali kita diuji demi membuktikan kasih dan sayangNya yang tidak terhingga. Namun,di sebalik ujian itu ada hikmat yang tersirat yang perlu dan mesti direnungi. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita Muhammad S.A.W. dan para sahabat ajmaien kerana telah memainkan peranan yang begitu besar,membawa dunia yang gelap akibat kejhilan kepada satu sinaran yang hakiki. Sinaran yang terpancar buat seluruh ummah.
Bila saya melihat ramai orang yang telah berjaya menggapai impian dan matlamat mereka,saya sering tertanya-tanya bagaimanakah mereka boleh mendapatkannya?. Bila saya termenung dan saya mendongak ke langit,saya terbayang seolah-olah di dalam diri mereka ada satu kekuatan. Dan bila saya bertanya kepada diri saya sendiri,apakah kekuatan yang mereka ada itu?saya mengambil masa yang agak tidak singkat untuk menjawab. Jawapannya memang sudah sedia maklum namun,disebabkan kita jarang berfikir,kita jarang merenung jauh ke dalam diri kita,apa yang kita miliki membuatkan kita terlepas pandang bahawa diri kita dan mereka itu adalah sama,memiliki keistimewaan yang sama.Justeru,saya dengan rasa bertanggungjawab,untuk sama2 membangunkan ummah gemilang ini. Pepatah ada mengatakan "vision withou action is a dreamday" iaitu kita mempunyai misi,kita ada idea,matlamat namun kita tidak memulakan langkah untuk bertindak hanya sama seperti kita bermimpi di siang hari.
Atas rasa tanggungjawab ini saya secara peribadi bersedia untuk bergerak,dengan cara saya menubuhkan
"sahabat cemerlang " ini untuk membawa kita semua khususnya adik-adik yang berada di bangku persekolah agar kita dapat merungkai apakah kelebihan kita,apakah potensi yang kita ada dan bagaimanakah kita menggunakan elemen tersebut untuk kebaikan bersama.
Justeru sahabat cemerlang ini adalah satu pertubuhan yang ditubuh atas dasar tanggungjawab seorang saudar terhadap saudaranya,berpaksikan keberanian,berdasarkan seruan agama agar berpesan-pesan ke arah kebaikan. Saya berhasrat membawa 'sahabat cemerlang' ini untuk menjadi konsultan untuk semua. Namun,setakat ini,saya merancang untuk menjelajahi ke sekolah-sekolah atau pertubuhan seperti rumah anak yatim untuk sama2 berkongsi tentang kecemerlangan,untuk sama2 menjengah ke dalam diri tentang kuriaan dan potensi yang mungkin tidak pernah diterokai.
justeru,kalau ada yang sudi untuk mendengar perkongsian dari saya yang juga insan biasa namun,saya telah temui sesuatu yang istimewa dalam diri saya boleh lah menghubungi saya
013 6299734/09 7950817
amad_sk8@yahoo.com
amadsk8@gmail.com
sahabatcemerlang@gmail.com

semoga dengan usaha yang sama2 kita ini mendapat restu dan redha ilahi.
Amin Ya Rabbal Alamin.