Friday, December 31, 2010

antara dua mata

salam untuk semua. Suatu ketika dahulu,sewaktu saya masih menuntut di unversiti,tahun ke dua pengajian. Hujung minggu,pagi2 lagi saya bangun. Selesai solat subuh saya melayari internet seketika sementara tunggu matahari sedikit terbit untuk keluar bermain tennis. Setelah penat,sayan menjamah sedikit sarapan di dewan makan atau ringkasnya selalu disebut DM. Setelah itu,dalam benak bermain seribu persoalan apa yang perlu dibuat. Sedang orang lain sibuk merancang berapa "game" mahu main bowling saya masih di meja. Sambil memerhati ikan dalam akuarium belaan saya. Saya mengambil keputusan untuk menikmati suasana lengang di sebuah bangunan yang jarang di kunjungi terutamanya pada hari minggu sebegini. Lantas menyambar tualaku seperti helang menyambar katak di sawah. Bersiap dan terus hidupkan enjin haiwan tungganganku. Setibanya saya di bangunan sepi itu,saya melihat jam besar di dinding tepat menunjukkan jam 9am. Saya terus duduk di bangku yang dianggap paling selesa. Setelah beberapa jam di bangku itu,saya sekali lagi melihat jam besar di dinding menunjukkan jam 301pm. Sememangnya surau di bangunan itu di buka hanya selepasa jam 3 petang. Saya menekan butang lif untuk turun dari tingkat 4 ke surau yang berada di tingkat satu. Hampir pintu lif tertutup,saya keseorang dan tiba2 datang berpimpin dua pemuda berkaca mata gelap. Baru saya mengerti dan terucap di bibir ku lafaz syukur. Saya sangkakan mereka berdua mahu ke kafe di bangunan sebelah. Agak sukar pergerakan mereka. Setibanya di  tingkat satu,saya masih di dalam lif dan membiarkan mereka berdua keluar.Tergamam melihat mereka berjalan berpimpin ke arah tempat yang ingin saya tuju. ke surau. MasyaALLAH,begitu sukar pergerakan mereka. Lagi sukar terpaksa berpimpin bertongkat sesama mereka untuk ke tempat mengambil wudu'..Saya begitu kagum. Dan menjengah di benak saya,sanggup mereka berbuat demikian sedangkan orang yang celik pon masih tidak sanggup berjalan sedepa untuk ke surau..Matanya sahaja tidak mampu melihat,namun hatinya tajam sekali..Kita yang mata celik pon bila berjalan masih terkadang tersepak batu tetapi mereka tidak pernah tersepak batu bila berjalan.

No comments:

Post a Comment