Thursday, August 26, 2010

Salam Pertautan Ukhuwwah Gemilang

Pertamanya syukur KepadaNya yang telah merancang dengan sebaik-baik perancangan,namun sesekali kita diuji demi membuktikan kasih dan sayangNya yang tidak terhingga. Namun,di sebalik ujian itu ada hikmat yang tersirat yang perlu dan mesti direnungi. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita Muhammad S.A.W. dan para sahabat ajmaien kerana telah memainkan peranan yang begitu besar,membawa dunia yang gelap akibat kejhilan kepada satu sinaran yang hakiki. Sinaran yang terpancar buat seluruh ummah.
Bila saya melihat ramai orang yang telah berjaya menggapai impian dan matlamat mereka,saya sering tertanya-tanya bagaimanakah mereka boleh mendapatkannya?. Bila saya termenung dan saya mendongak ke langit,saya terbayang seolah-olah di dalam diri mereka ada satu kekuatan. Dan bila saya bertanya kepada diri saya sendiri,apakah kekuatan yang mereka ada itu?saya mengambil masa yang agak tidak singkat untuk menjawab. Jawapannya memang sudah sedia maklum namun,disebabkan kita jarang berfikir,kita jarang merenung jauh ke dalam diri kita,apa yang kita miliki membuatkan kita terlepas pandang bahawa diri kita dan mereka itu adalah sama,memiliki keistimewaan yang sama.Justeru,saya dengan rasa bertanggungjawab,untuk sama2 membangunkan ummah gemilang ini. Pepatah ada mengatakan "vision withou action is a dreamday" iaitu kita mempunyai misi,kita ada idea,matlamat namun kita tidak memulakan langkah untuk bertindak hanya sama seperti kita bermimpi di siang hari.
Atas rasa tanggungjawab ini saya secara peribadi bersedia untuk bergerak,dengan cara saya menubuhkan
"sahabat cemerlang " ini untuk membawa kita semua khususnya adik-adik yang berada di bangku persekolah agar kita dapat merungkai apakah kelebihan kita,apakah potensi yang kita ada dan bagaimanakah kita menggunakan elemen tersebut untuk kebaikan bersama.
Justeru sahabat cemerlang ini adalah satu pertubuhan yang ditubuh atas dasar tanggungjawab seorang saudar terhadap saudaranya,berpaksikan keberanian,berdasarkan seruan agama agar berpesan-pesan ke arah kebaikan. Saya berhasrat membawa 'sahabat cemerlang' ini untuk menjadi konsultan untuk semua. Namun,setakat ini,saya merancang untuk menjelajahi ke sekolah-sekolah atau pertubuhan seperti rumah anak yatim untuk sama2 berkongsi tentang kecemerlangan,untuk sama2 menjengah ke dalam diri tentang kuriaan dan potensi yang mungkin tidak pernah diterokai.
justeru,kalau ada yang sudi untuk mendengar perkongsian dari saya yang juga insan biasa namun,saya telah temui sesuatu yang istimewa dalam diri saya boleh lah menghubungi saya
013 6299734/09 7950817
amad_sk8@yahoo.com
amadsk8@gmail.com
sahabatcemerlang@gmail.com

semoga dengan usaha yang sama2 kita ini mendapat restu dan redha ilahi.
Amin Ya Rabbal Alamin.