Saturday, December 25, 2010

Surah Ali Imran ayat 104


” Dan hendaklah ada antara kamu kumpulan yang mengajak orang kepada perkara baik, menyuruh orang berbuat baik dan melarang orang berbuat jahat. Mereka itulah orang yang berjaya”

Friday, December 24, 2010

Henry Ford ( 1863-1947 )



"FAILURE IS SIMPLY  THE OPPORTUNITY TO BEGIN AGAIN THIS TIME MORE INTELLIGENTLY".


Thursday, December 23, 2010

Mahatma Ghandi (1869-1948)


“Kepuasan itu terletak pada usaha, bukan pada pencapaian. Usaha sempurna itu adalah kemenangan yang sempurna".

Dalam proses ke arah mencapai  kejayaan, kita mesti :
1. Belajar dan berubah dengan kegagalan
2. Bangkit dari kegagalan

Wednesday, December 22, 2010

Soichiro Honda

‘‘ Success represents the 1% of your work which results from the 99% that is called failure. ’’
Apa yang orang nampak pada kejayaan saya hanyalah 1% daripadanya, tetapi apa yang mereka tidak nampak adalah 99%, iaitu kegagalan-kegagalan saya

Thursday, December 9, 2010

Syukur PadaMu Ya Rabb

Alhamdulillah,segala puji buat selamanya dirafatkan padaMu Zat Yang Maha Agung. Dengan limpah taufiq serta inayah Mu,segala perancangan telah dilaksanakan dengan sedaya mungkin. Dengan Hidayah Mu jua,segalanya berjalan seperti  yang diimpikan..Alhamdulillah,sahabat cemerlang sekali lagi diberi kepercayaan untuk memudahkan lagi Kem Kecemerlangan Sempena Cuti Sekolah 2010. Tahniah dan Syabas kepada Fasilitator2,pengurus dan pihak yang terlibat dengan Kem Ini. Bagi sahabat cemerlang,gemblingan tenaga kita semua telah mendapat hasil yang mantap. Untuk Pengetahuan semua,kem ini telah berlangsung bermula 27/11/2010 dan telah tamat pada hari ini iaitu 9/12/2010 dan akan diikuti dengan majlis penutupan pada esok hari. Terima kasih kepada pihak yang telah memberi kepercayaan kepada sahabat cemerlang untuk berkongsi secebis ilmu dan pengalaman bersama adik2 yang boleh dikatakan datang dari seluruh negeri di Malaysia yang kita cintai.

Tuesday, December 7, 2010

jom bersama-sama

sabahat cemerlang bercadang untuk membuka satu lagi program selain dari siri ceramah. program tersebut sahabat cemerlang namakan sebagai "Program Bahasa Arab Untuk Anda". program ini adalah cetusan idea apabila teringat kisah suatu ketika dahulu. Sahabat cemerlang pernah menyaksikan betapa hebat orang bukan beragama islam menguasai bahasa arab. malah,mereka pernah menegur kesilapan org lain. betapa hebat hebat penguasaan mereka. sedangkan bahasa arab itu adalah bahasa adalah bahasa muslim. justeru,sahabat cemerlang mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas dengan yuran yang sangat berpatutan. jangan risau,sekalipon anda tidak pandai membaca dan menulis tulis arab,sahabat cemerlang ada kaedahnya. untuk keterangan sila hubungi no yang telah dipaparkan di laman utama blog.wassalam

Thursday, October 21, 2010

adik-adikku

salam dan selamat sejahtera buat semua adik2 yang disayangi,semoga sihat dan tenang selalu disamping buku2 kesayangan. Pertamanya syabas dan tahnia buat adk-adik yang telah berjaya menduduki PMR,PMRU dan semoga keptusan yang bakal menjelma juga adalah yang terbaik. Juga kepada adik yang telah menduduki percubaan SPM dan bakal menduduki SPM yang sebenar TIDAK LAMA lagi,semoga terus tekun mengulang kaji. dan JANGAN SESEKALI LUPA BERDOA DAN SOLAT HAJAT. Abang yakin,ibu bapa dan guru-guru kalian juga tidak henti2 mendoakan yang terbaik untuk adik-adik. Di sin abang cuma nak kongsi lagu dendangan allahyarham Sudirman Hj Arsyad " bila adik dah berjaya jangan lupa abang dan jika adik gagal ingatlah abang tetap sayang". Fikir2kanlah. Tp abag juga teringat suatu peristiwa. Pada suatu petang,selepas solat asar,abang duduk bersembang dengan kawan kaki lima masjid itu,tiba2 datang seorang pak tua yang tidak mengecapi nikmat pengelihatan,rupa2nya dia mendengar perbualan kami dan die berkata kepada kami "tidak semua orang yang berusaha itu berjaya tetapi yang berjaya itu adalah orang yang berusaha". RENUNG,BERFIKIR DAN BERTINDAK,buat adik2 yang akan menduduki SPM ANDA BELUM TERLAMBAT..cayuk2.